hati manusia

tersentap bukan dengan sengaja..
terasa dengan perbuatanmu yang bersahaja..
menduga hati dan sedikit memaksa..
apa kau fikir semuanya engkau yang punya?

tutupkan saja kedua belah mata..
malam nan senja menjadi saksinya..
adakah diriku tunggul batu semata..
tidak menegur dan tak pula menyapa..

hello~

cuba kau fikir menggunakan deria..
hati manusia mungkin berbeza..
menerima sesuatu secara terbuka..
mungkin juga dengan linangan air mata..

** yang jatuh menitis satu persatu di kelopaknya..

bukan niat mencipta sengketa..
dengan dirimu yang ku anggap saudara..
sedarlah diri wahai sang bunga..
jangan kau cabar apa yang tak sepatutnya..

diriku ini tak seberapa..
berwaspadalah sebelum terkena..
ambillah ambil silakan saja..
asal mendampingi kehidupan yang selesa..

pedih, sakit, berdarah semua..
biarkan semuanya terkubur secepatnya..
tidak ku sanggup untuk melaluinya..
andai di hati tiada ikhlasnya..

baran diriku bagai sang naga..
tetapi kena pada tempatnya..
asal sabar menguasai jiwa..
selamat jua segala ciptaanNya..

suatu masa pasti kan tiba..
mungkin terbalas, ada caranya..
masa yang akan menentu segala..
harap tak sampai ke penghujungnya..




tata~


4 comments:

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

hati manusia memang susah nak faham. boleh bikin sakit otak.

dafFodiLs (",) said...

jadi kuat,macam otomen hokeh??bye =)

Amni said...

wallaaa.... berpantun pulak dah..sangat kreatif... hehe.. moga baik2 aja.. bulan puasa kan? tak lama lagi nak syawal.. hehe.. selamat hari raya..

hans said...

hati sendiri pun kadang2 susah nak faham
apatah hati manusia lain
kan?

P/S : Aku Maluuu

Google Analytics Alternative