opss! tiada lagi..

Salam..

ishk3..da lamanya xpost entry baru..
labah-labah pon da suka menetap kat sini..huhu
orang lain sibuk adakan kenduri kawen bagai semua..
ya la..bukan senang nak dapat tarikh lawa gini kan..10.10.10
tp.. yg sedihnya kerja wani hari ini ialah menyapu sawang di blog sendiri..pui3:)

emm..disebabkan belog ni ada kembar..
so wani rasa better wani transform..aha
ishk..tp semua nak kembar2 taw..
oshinz pon my kembar..
kawan kat skolah dulu pon my twins..
skang belog i pon ada jugak kembarnya..kui3
opsss! no! tidak lagi..hihi:p

actually blog ni masih under construction seminggu dua nih..
that's y perlu di'private'..
xdak masa lagi nak mengadap gigih mekapkan dia..
so lambat la skit..huhu

anyway..yesterday was a happening day to me n my frens..wow!
happy hours togetha..yeay~
nak tawu kitorg g mana?


terasa disayangi la! ahha..

emm bleh tgk lagi kat blog oshinz ya..
hehe..
daaa~


p/s: mintak maaf n tq..

kadang2 kita kena buat2 xphm


ada mata lihat..
ada telinga dengar..
ada mulut diam..
kadangkala itulah yang terbaik..

lepas satu..satu..
lepas dia..dia..
kita?

bercakap pon salah..
bertelagah dimarah..
berdiam menanggung amarah..
kalau memberontak sapa yang susah???


afraid of being a rebellious..



-tata-

syahdunya



hye..
aduhhh..berhabuk sudah belog gue..hihi
holloh3..cian dia kena tinggal..
tuannya dok sebok beraya sangat..ehe
muwah3!!! syg awk balik belog..kite da dtg balik ni..hik3


dah 3 or 4 ari asik la telinga ni gatai nak dengaq lagu Maher Zain..
For The Rest of My Life tu....:)
tiap masa dok repeat lagu yang sama..
abeh menanah la telinga rumate gue..haha..sowi!
eh jiran sebelah bleh dengaq dak tah?haha

lagu tu memang lovely sangat2..
ouchhh3...
kalau suami2 semua bg lagu tu kat isteri depa sorg satu..
perghh..tacing macing maa..
lagi + syg la bini tu kat laki depa..keh3

xjemu kott dengar lagu camtu..
sejuuukkkk ja rasa ati..
syahdu dibuai lagu..
mm..nak lagu tu satu..boleyh?? muahaha..

tp apa yang lagi penting..
SR harus dituntut!
yabedabeduuuuu~~...
ingat2..!


=)

tata!






selamat hari lahir wani..



Salam..

today is my birthday..
alhamdulillah..
dah 23 tahun hidup di atas muka bumi Allah..
semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan di dunia dan akhirat..
doakan la semuanya baik2 sahaja ya..

bersyukur sangat di hari bahagia ini..
tambah2 jatuh dalam bulan yang mulia..
Bulan Syawal..
moga2 diriku ini diberkati hendaknya :)
Amiinn...


neway..
wani nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA"
buat semua teman2 dan saudara semua:)

p/s: nak duit raya?? haha..



hati manusia

tersentap bukan dengan sengaja..
terasa dengan perbuatanmu yang bersahaja..
menduga hati dan sedikit memaksa..
apa kau fikir semuanya engkau yang punya?

tutupkan saja kedua belah mata..
malam nan senja menjadi saksinya..
adakah diriku tunggul batu semata..
tidak menegur dan tak pula menyapa..

hello~

cuba kau fikir menggunakan deria..
hati manusia mungkin berbeza..
menerima sesuatu secara terbuka..
mungkin juga dengan linangan air mata..

** yang jatuh menitis satu persatu di kelopaknya..

bukan niat mencipta sengketa..
dengan dirimu yang ku anggap saudara..
sedarlah diri wahai sang bunga..
jangan kau cabar apa yang tak sepatutnya..

diriku ini tak seberapa..
berwaspadalah sebelum terkena..
ambillah ambil silakan saja..
asal mendampingi kehidupan yang selesa..

pedih, sakit, berdarah semua..
biarkan semuanya terkubur secepatnya..
tidak ku sanggup untuk melaluinya..
andai di hati tiada ikhlasnya..

baran diriku bagai sang naga..
tetapi kena pada tempatnya..
asal sabar menguasai jiwa..
selamat jua segala ciptaanNya..

suatu masa pasti kan tiba..
mungkin terbalas, ada caranya..
masa yang akan menentu segala..
harap tak sampai ke penghujungnya..




tata~


Nilai kesabaran yang tinggi..



Salam..

Seseorang itu harus kuat dan tabah melalui hari2 yang mendatang..
Sabarkah kita dengan dugaan-Nya?

Ya Allah Ya Tuhanku..
Engkau kurniakanlah Aku dengan nilai kesabaran yang tinggi untuk menempuhi hidup ini..
Amiinn...


hanya mampu melihat dari jauh..




sharing is..what?




hye..

sometimes I keep on thinking..
betol ke 'sharing' would always contribute kpd perkataan 'caring'?
"sharing is caring"
hmm..yeke?
ini specifically merujuk kepada physical things only ok..
bukan hal share masalah ke ape eh..ehe

kdg2 yes..
kdg2 nope..

semua benda boleh share ke?
*not all maybe..

semua org boleh dipercayai ka yg nak share segala barangan kita tu?
*ihik..ada ja jugak yg salu dapat tikaman dari belakang..barang pon dikebas..

kita slalunya akan share dengan family members..
kawan2 rapat..
kalu dengan diorg ni ape2 aje..
sila2..hehe

kalau yg baru kenal or xkenal sangat tu..
somehow mesti ada rasa xsuka nak share2 nih..
rite?
tambah plak kalau yg mcm melebih2 nakkan our stuffs..
mcm brg tu ohhh..dia yg punyaa...
erkk..
x comfortable at all..
kalau lelama dah rapat tu maybe la dah xkisah..
org Kedah kata dah mangli..hihi

im thinking of something that can replace the word 'caring' in that phrase..
i want changes!
aha..
coz sometimes i think kalau nak share something kena ikhlas..
kalu xikhlas tu mesti rasa mcm..
ha ko nak sangat..
hambekkk la..hehe
gitu la gayenye..aha..

neway apa agaknya perkataan yg sesuwai eh?








Ok, Fine!



Hye..

i'm back!
setelah sihat kembali..huhu
sakit tu salah satu dugaan Tuhan..
Alhamdulillah..

but still,
i'm sick of org yg xberapa consider org nih..huhu
kite dah cakap banyak kali pasal satu2 benda tu..
alih2 dia dok wat pening2 lalat plak..
buat2 xpaham..
hishh..
brapa kali maw eksplen da?


yg kita nih..
pak turut ja..eh tukar la..mak turut ja..haha
eee..tasuke tawwww..
nak lari la gini..
zassss...
sampai Sipadan nun baru taw..tenanggggg..
muahahaha...

oh D hurup besar~~
u can do it?
i can do the same..
uhuk..

Facebook..

Salam Ramadhan..
emm..
adoii..misi utama bulan posa ni nak kuruskan badan..huhu
sakit2 ni asik makan tidoq ja la..
berat skang ialah **
target nak dapat ialah 50kg..buleh ka???haha
so abeh ja bulan posa nak tgk mission accomplished ka dak..hehe
ok la..
sj nak wat short hapdet..
till den..
daaa~


mood: xsukaFB harini..huhu

Sapa tiru sapa?




Salam semua..

Ini entri terkejut..huhu
Nak taw napa?
Ok..sila baca sampai abeh ya..
Tadi..
Dok tengah blogwalking..blogcrawling..bloghopping..etc..
Tetiba..!
Jumpa ada satu belog nih..



Perghhh..
Terkejut akak nyah! hoho..choiii~
Seb bek masih dapat dikawal..
Cuba hangpa tengok betoi2..
Awat tajuk belog bleh sama?
Sebijik!
Cara tulis ja len sikit..
Tab sebelah kiri tu cek punya belog..yang ada arrow tu..
Tab kanan yang ada kilat tu org tu punya belog..letak kilat sebab terkezzuutt eden..haa..

Sapa tiru sapa?
Ka suratan atau kebetulan nih?
Ishk tapi dalam banyak2 ayat ka perkataan ka..
Buleh sama noh??
Heran sungguh..
Otak kembaq ka apa nih?
Sorang Kedah sorg Sabah..
Pemikiran buleh sama ka?

* mungkin

Tapi masih pelik lagi aaa..
Xpuas ati pon ada gak..huhu
Bukan la nak kata xpuas ati kat empunya belog ituuu..
Tp musykil skit..huhu


Tapi xpa la..
Nak wat cemana kan kalu dah nak sama..
Tp InsyaAllah..
Wani akan pastikan belog kesayanganku ini akan membuat anjakan paradigma skit..haha
Tunggu laaa..
Time free sikit nnt..
Cek nak buat kerja skit ngan my bebi ni..
Xmo la kalu sama..
Kalu kembaq ka kawan bek ka xpa gak..
Xpa2..
Cek akan berusaha gigih..



p/s: bab belog gigih noh..kalu bab esemen..hampeh! haha..emm mood masih swing2 sebab sakit~


Tunggu na~




Saya yang agak bertuah..

Hye..dapat award dari si chomel dak Rai..hehe
Harini baru ada kesempatan nak tayang2..hik3
Masehhh ya!! mwah!






-wani-





Aku Lelaki Ego



Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.


Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”



Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,

“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”

Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya,

“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,”

pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.


Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.




sumber: klik sini

Geram..



Salam..


kalau dah geram..
xpayah cakap banyak..
duduk diam-diam..
ketawa sampai lebam..





haha..


* dok ligan mood ni..dia lari p mana tak taww..



jauhnya cinta..

Salam..
Morning!

c.i.n.t.a ?
boleh dibendung ke?
boleh dihalang ke?
boleh dipupuk ke?

CINTA ialah suatu perasaan yang lahir dari hati yang tulus ikhlas. ecewahcewah..Kalau dah namanya jodoh tak kemana jugak..InsyaAllah..kekadang gado2 manja sikit je..then ok balik..yela tuh??hakhakhak..tapi kalau dah ada perasaan cinta kat seseorang tu..bole ke nak dibendung?

ape ko hengat bole ditahan-tahan ke?bole ke kata eh kejap2! jgn cinta org tu lagi..xbetol ke hape beb..mawunye meroyan..bertambah penghuni di Tanjung Rambutan..keh3:)

dah tu plak bila dah benau2 peeling2 cintan cintun bagai..kalu dihalang boleh ke?xkesah la kawan yang halang ke..family ke..boypren lame ke..pingsan dik nun..pingsan!haha..tp kalu yang dihalang tu untuk kebaikan y not kan? mungkin jodoh xpanjang..tp kalu kawan yang halang sebab dia yang nak masuk jarum nak cocok2 boypren kite..woihhh!! berkepol-kepol hangin di situ okeh! ok2..kaber ap sket..say no 2 emosi..:))

ha skang bab pupuk memupuk plak..aisehmen bukan la mcam pupuk semangat kejiranan ke hape..ahakss..pupuk kasih sayang la dol..ade je yang bercinta selepas kawen n bahagia plus2..anak berderet2 jugak..kasih sayang makin bersemi..muahaha..tp memang la semua orang xsama ait? kan3..

i notice salunya kalu dah zaman tengah mabuk bercinta, time tu la sayang menyayangi bagai..
u jadik bintang i jadik meteor..
u panjat pokok kelapa i panjat pokok pinang..kate pinang dibelah dua..nak p belah la ni..haha..motip?
ha nama kat henpon pon set bukan main lagik..
sayangkucintakubuahhatikupengaramjantungberlubangku..ehhh!!haha..salah daaaa:P ampun maap dipinta..

p/s: my heart is flower-flower.. ;) tp dek kerana jauh..sedey tetap ada..;-(

Impossible..



I remember years ago
Someone told me I should take
Caution when it comes to love
I did, I did
And you were strong and I was not
My illusion, my mistake
I was careless, I forgot
I did
And now when all is done
There is nothing to say
You have gone and so effortlessly
You have won
You can go ahead tell them

Tell them all I know now
Shout it from the roof top
Write it on the sky love
All we had is gone now
Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible

Falling out of love is hard
Falling for betrayal is worst
Broken trust and broken hearts
I know, I know
Thinking all you need is there
Building faith on love is worst
Empty promises will wear
I know (i know)
And know when all is gone
There is nothing to say
And if you're done with embarrassing me
On your own you can go ahead tell them


Tell them all I know now
Shout it from the roof top
Write it on the sky love
All we had is gone now
Tell them I was happy
And my heart is broken
All my scars are open
Tell them what I hoped would be
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible
Impossible, impossible

Ooh impossible (yeah yeah)

I hate YOU!

Saya benci awk!

mencik! mencik! mencik!

dah serik dah dengan awk..tak sanggop!

ni tengah try nak bersabar..bole lagi ke? XBOLEH KOT~

ish3..awat selalu dok pening2 nih..

Hye..
Samat pagi!

Haih..semenjak dua menjak nih wani ni semakin pening2 taw..
ada ka patot dok gelak ngekek2 baca komen2 yang kengkawan tinggal kat n3 monyet tu..
dah select suma dah nih..
tetiba ja tangan gatai gila dok pi tekan REJECT..
ohhh tidakkkkkk!!
haisyooooo...
kenapa la dok jadi lagu ni nih??

hoho..adussss..rugi la komen2 i..

sayang ohhh...dorg wat lawak..
tu yang terjadi unconcscious sekejap..huwah3..
xpe2..
ni xde rezeki komen lak..
dah la aritu xde rezeki makanan..
stress weh!

tah2 nnt cukop bulan jalan sensorg..cakap sensorg plak kot..
aiyarkk..
tu la..banyak keja lately haa..naik sewel sebentar jadiknya..

dah3..nak sambung wat keja balik nih..
daa~~

dia amik peanut butter tu..

greetings~

hmm..
tadi kena perabih banyak keja kat opis tu..
then hujan plak..
so sempat la abehkan keja suma dalam pukul 7..
tyme tu ujan pon da benti..
so balik tu memg semangat gila nak beli nasik lemak..kempunan weyh..hehe
tgk2 pakcik tu kata dah abeh..cisss..sadiss siot..
dengan keciwanya..
p la beli roti gardenia yang sungguh enak dimakan begitu saja tu..
dok teringat nak makan dengan peanut butter grape kat bilik..
nyummy!

tp pkiaq2 ngan oshinz lapaq punya pasai..
p la gegas2 kuar beli makanan kat kedai..coz cafe tutop musim cuti..
oshinz bawa moto..vrooommm..vroommmm..
bawa laju2 sebab da lapaq..haha..ya la..makan waffle ja semata-mata ja pg tu..
perut dok nyanyi lagu cik cik kabooommm ja ha..ngeh3

ehhhhh silap2..dia bawa sloww jerkk..hihi..
mana leh lelaju..dia sayang ai kat belakang ha..keh3
dah siap beli makanan tu..
memang xsabar nak terjah bilik la nak melantak..

pergghhh..masuk ja bilik memang nangesssss abess!
BERSEPAH..BERKECAI..TERBURAI..
suma ada..
cawan oshinz pecah..makanan berteraboq..sampah pon 'dia' geledah..
ni paling dahsyat ah..

sapa punya angkara??
sapa? sapa?

hmm..
sudah tentu la si nakal





MONYET!
pastu kemas punya kemas..

waaaaa...ai punya peanut butter da xdak..
sob3..taw la sedap..
cek nak mkn ngan roti yang cek beli pon xdapat..
mm..sedey..
oshinz punya beskut dia men taboq2 ja kat lantai..
haihhh men kasaq jugak monyet2 UKM tuh..
tp xpa la..nak wat cmana..xdak rezeki..
redha..mm

eee....tp sabaq ja la..
penat2 balik ingat dapat makan..
memg dugaan dan cabaran yang harus ditempuhi betoi! huhu
dah satu hal kena bersihkan bilik la hapa la..

pagi tu memasing terlupa nak tutop cik tingkap..
haaa itu la padahnya..
bleh dapat darah tinggi kalu jadik hari2..
nauzubillah la..mintak simpang..

tapi ada dak sesapa yang mahir menangkap monyet??
toloooonggg laa..
mai la tangkap depa..banyak wehh..
xtahan da~~

* n sila amik tahu yang feveret food monyet ialah MAGGI okeyh!

Sekian.
Bye.
Perlu menenangkan perasaan..hisss..

semalam n semalam punya hal



hye all..

fyi, dua hari berturut-turut (Jumaat n Sabtu) wani + oshinz ke PWTC untuk career fair anjuran KPT tu...berduyun gak ah graduan2 yang ke sana..pergghhh..penat siott..dah la kitorg ke sana untuk mengutip data kajian dari employer2 yang terlibat..niat yang sebetulnya bukan nak mencari kerja..tp ada jugak la ura2 nak try cari..hak3..emm mcm2 jenis syarikat ada di sana...yang kitorg ni dok bertungkus lumus la nak approach encik2 manager or human resource team kat setiap booth..bukan untuk ngorat ye..sila maklum..hehe..

sebenaqnya nak suh depa tu jawab questionnaire..mak aihhh..bapak la susah..hishh..tp disebabkan keprofesionalan kami berdua..mesti la dorg mawww jawab..haha..puass la dok senyum n kelip2 mata..keh3..n xbole naik angin ye kwn2..walaopon dorg xmo jawab..kene pujok elok2 sampai dorg nak..ishk sangat cool di situ..haha..

tp ada jugak yang sangat supportive..tabik spring la guys!..dah tu plak..mcm2 org la yang kami jumpa..artis? noraniza idris..bukan artis?abg hensem pelancongan..suma ada..hek3..n tak lupa jugak..wani jumpa my fren wawa..hoho..hepi sangat...sangat kebetulan okeh! biasa la kalu plan je salu xjadik..kalu xplan kan dah jumpa..hehe..

ada jugak jumpa budak2 matrik dulu..dak2 ukm skarang..pastu jumpa migut..bukan azmi yang ada janggut ya..opss..ahaha..then borak2 ngan wawa..dia cakap kawan kitorg sorg tu..dak moon tu da nak bertunang..perhhh..agak cepat la sebab xsampai setahun kenal dah nak bertunang..terkejut gak..huhu..tp tetap hepi utk dia..then petang tu tetiba moon ym n sembang punya sembang betollah dia nak bertunang 29 hb nih..siap nerbes sakan dah..haha..temanya purple n putih..tp kawennya lambat g kot...ikat je dulu..ohh gituu..:) xpe2..i sokong..hehe..

balik je dari PWTC..terbongkang la kejap..penat gila wehh..badan suma sengal2..ati pon sengal gak..bole?huhu.. tp alhamdulillah..syukur..dapat jugak kutip almost 200 data..tp pasni dok pk nak kena key in la plak..adeh deh dehh..sabo aje ler..hihi..

haa..n wani jugak sebenarnya nak ucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada  kawan2 lain yang menjadi cekgu cekgi tu ha..hehe..xlupa gak untuk cekgu2 wani kat skolah dulu..lap u ols suma! :-)

Sesi luahan perasaan..

Salam..

Ikot hati nak luahkan semua rasa yang ada sekarang..
Mcm2 rasa..
Mcm2 nak cakap..
Rasa tu pon mcm nak keluaq tak sabaq2..
Hishh..
Susahnya...
Tapi..
Mcm mana nak mula..
Apa nak habaq?
Bila nak ok?
Aiyarkk..
Manyaknya persoalan...

For now i need someone to sit beside me and dengar segala mcm yang akan i bebelkan..huhu
So harus la si dia tu tahan telinga kan..
Kang telinga pon jadik kembang n nanah ja dengar luahan hati ini ha..
Sapa sanggop?
toloooonnggg la!

Emm..
Semua orang ada masalah kan..dugaan semua itu...nak lari dari masalah pon xboleh..
Nak pikir satu2 pon tak terpikir..wahhhh...S.T.R.E.S.S gitu!

Sebenarnya kan..
saya nak _ e _ _ e _ _ i _ e _ _ a
haaa...itu la nak diluahkan tuu...
hishh..
xsabarnya nak tunggu bulan Ogos..huhu

kenapa?

bukan sebab merdeka howkeh!
bukan sebab birthday member or sedara mara eh..
tapi ada sebab lain yang lagi penting..


**nnt la saya pikir sendiri..sob3
Google Analytics Alternative