pantun ka puisi? ;-p



ini adalah entry balas untuk entry ni dan ni by cik puan Oshinz

yes, you are right my dear! kawan berjuta itu tak perlu jika kejujuran bukan lagi nombor satu..


terbang helang sampai ke awan
semut di darat terkulat-kulat
tiada gunanya mengumpul kawan 
andai tak mampu menjadi sahabat 

di saat kawan kita memerlukan bantuan, bantulah selagi mampu

beri dia masa untuk luahkan segalanya
tadahlah telinga untuk seketika
cuba pulihkan kembali semangatnya
siapa tahu kita bisa menyelamatkan satu jiwa ;-)

jangan cuba-cuba nak ambil kesempatan
jangan pulak nak keruhkan keadaan
jangan pernah minta balasan
biarlah Dia saja yang menentukan

tak perlulah ceritanya dicanang ke setiap pelusuk negeri
bercakap tanpa henti
mengkhabarkan berita yang tak pasti
hmm...dahulu elok berkawan tapi kini tidak lagi ;-(
kan sendiri yang rugi

duduk bersimpuh rapat-rapat
tanpa mengira batasan darjat
kiranya si polan menimbulkan debat
manis persahabatan bertukar kelat


ok ni part paling special :

sorang di kulim sorang di batu pahat
 dihubungkan oleh jalan darat
engkaulah teman engkaulah sahabat
meh nak bisik "i syg you ketat-ketat"





-hahahaha-
tak payah tanya tu pantun ka puisi ka...baca sudah!





p/s :
 nanti nak kena buat pantun 'sorang di kulim sorang di kuala lipis' plak..kehkehkeh :P










Google Analytics Alternative